HomeUtamaKetua Menteri alu-alukan penerbitan filem berkaitan sejarah Sabah

Ketua Menteri alu-alukan penerbitan filem berkaitan sejarah Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan penerbitan lebih banyak filem berkaitan sejarah negeri Sabah dan pembentukan Malaysia.

Katanya, penerbitan filem “Silence of the 177” yang berkisah survival dan pengorbanan dalam peristiwa pemberontakan Jesselton oleh pengarah prolifik Sabah, Marcellus Abas (Marc Abas) dapat mendedahkan generasi muda dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 1943.

Beliau berkata, penerbitan filem berkaitan sejarah Sabah, pembentukan Malaysia dan kenegaraan dapat mengangkat dan memartabatkan sejarah negeri dan negara.

“Filem sedemikian juga dapat memupuk rasa cinta terhadap tanah air dan semangat nasionalisme dalam kalangan penonton terutamanya generasi muda. Kita mahu generasi muda faham dan tahu sejarah negeri dan negara”, katanya.

Hajiji berkata demikian semasa melakukan pra pelancaran promosi filem “Silence of the 177” dan menghadiri Santai Belia Bersama Ketua Menteri Menyaksikan Tayangan Filem “Mat Kilau” anjuran Majlis Belia Sabah dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri di Golden Screen Cinemas (GSC), Suria Sabah Shopping Mall, semalam.

Hajiji juga mengalu-alukan orang ramai agar menonton “Silence of 177” yang dijangka akan ditayangkan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Lebih 270 belia menyertai program santai bersama Ketua Menteri itu yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2022.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya