HomeUtamaDUN Sabah : 770 pelajar terima BUDI libatkan peruntukan lebih RM1.4 juta

DUN Sabah : 770 pelajar terima BUDI libatkan peruntukan lebih RM1.4 juta

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU : Seramai 770 pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) sepenuh masa di seluruh Malaysia yang diiktiraf Kerajaan telah menerima Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Secara One-Off (BUDI).

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan tunai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dan RM1,500 bagi Diploma/Asasi/Matrikulasi.

Katanya, jumlah penerima BUDI itu adalah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.

“Untuk tahun ini kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM10 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 pelajar.

“Setakat ini seramai 770 pelajar IPTA/S seluruh Malaysia telah diluluskan untuk menerima bantuan ini. Bagi daerah Papar seramai 42 orang pelajar telah diluluskan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 73,500,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar (BERSATU-Kawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang diberikan sebanyak RM 200 seorang bagi pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Katanya, bagi program ini Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah masih dalam proses memuktamadkan senarai nama pelajar yang layak untuk diberi bantuan ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Regatta Lepa disenaraikan dalam kalendar pelancongan tahun 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular