HomeIsu tempatanSemua wakil rakyat Sabah diseru bersatu hati selesaikan isu tuntutan Sulu -...

Semua wakil rakyat Sabah diseru bersatu hati selesaikan isu tuntutan Sulu – Khairul Firdaus

Read Time:2 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Semua wakil rakyat Negeri Sabah diseru supaya bersatu hati dalam usaha mengekalkan kedaulatan Negeri Sabah dan isu tuntutan Sulu.

Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, dalam hal ini semua pemimpin Sabah wajar mencari solusi dan menetapkan pendirian bersama dalam usaha bagi membincangkan isu tuntutan Sulu.

“Semua wakil rakyat kita, tidak kira di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri, perlu bersama bersatu hati dalam isu tuntutan Sulu yang entah sampai bila akan menemui titik penghujungnya.

“Perkara ini melibatkan kedaulatan negeri kita, negeri Sabah dan hal sebegini tidak boleh dibincangkan dengan melihat kepada perbezaan dan sudut pandang yang negatif serta saling menyalahkan satu sama lain,” katanya.

Khairul Firdaus berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Khairul Firdaus, semua pemimpin Sabah tidak boleh menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai halangan untuk bersatu dalam menyuarakan isu Sulu dan kedaulatan Sabah.

“Jangan lihat perbezaan fahaman kita, ideologi kita atau apa-apa pendirian kita dalam perjuangan politik, isu Sulu dan tuntutan mereka adalah isu kita bersama, Sabah negeri kita.

“Kita mesti bersama dalam mempertahankan kedaulatan negeri Sabah dan negara kita Malaysia,” katanya.

Beliau turut menegaskan supaya berhenti untuk saling menunding jari pada satu sama lain sebaliknya semua pemimpin perlu bangkit bersama untuk mencari solusi tuntas bagi terus kekalkan kedaulatan negeri ini.

Katanya, pelbagai persoalan dan permasalah daripada tuntutan Kerajaan Sulu terhadap Sabah sangat wajar dibincangkan kerana ia amat berkait rapat dengan kedaulatan Sabah.

“Memang banyak persoalan yang perlu kita bincang dan cungkil, dari kes pencerobohan di Lahad Datu, kini bangkit isu tuntutan aset negara, berkenaan aset Petronas yang dirampas.

“Dan wajar untuk semua pemimpin Sabah bersama bangkit untuk isu ini dan meminta penjelasan dan penyelesaian untuk titik penamat kepada permasalahan ini.

“Ya kita faham dan diberitahu bahawa segala tuntutan Sulu adalah tidak diiktiraf oleh Kerajaan, namun sampai bila perkara ini akan terus berlanjutan tanpa menemui titik noktahnya,” katanya.

Jelas Khairul Firdaus lagi, Kerajaan Persekutuan wajar membahaskan isu tersebut dan pemimpin-pemimpin Sabah harus tampil sebagai wira bagi negeri Sabah, untuk memperjuangkan isu tersebut bagi dibahaskan.

“Pemimpin-pemimpin tempatan kita di Dewan Rakyat dan di DUN mesti jadi hero kita sekarang, mesti jadi hero rakyat Sabah, hero negeri Sabah, bersama berganding, bangkitkan dan bawa isu tuntutan Sulu ini kerana ini maruah kita, maruah Sabah, dan kedaulatan negara bukan satu isu yang harus dipandang remeh.

“Kita tidak mahu rakyat tertanya-tanya, rakyat hilang keyakinan dengan kita, rakyat sudah meletak harapan dan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin kita di Dewan Rakyat dan di DUN untuk menjadi suara mereka yang membawa denyut nadi mereka, dalam semua isu.

“Isu kesihatan, pembangunan, ekonomi, pendidikan, kebajikan, keselamatan dan kedaulatan turut tidak terkecuali, bahkan paling besar dan utama,” jelasnya.

Kata Khairul Firdaus lagi, rakyat perlu diperjelaskan dan tidak boleh dikaburi dengan penjelasan yang kabur berkenaan isu kedaulatan dan tuntutan Sulu.

“Perbincangan tentang tuntutan ini perlu diteliti sedalam-dalamnya dan diatasi sebaiknya secepatnya kerana tuntutan waris Sulu yang tidak diselesaikan oleh Malaysia hingga menyebabkan rampasan aset Petronas di luar negara itu masih kabur.

“Hal ini memberi gambaran seolah-olah tuntutan waris Sulu itu mendapat pengiktirafan antarabangsa, dan untuk mengelakkan sebarang andaian atau pemikiran lebih dalam serta jauh ke depan, yang mungkin akan menimbulkan pelbagai andaian negatif, ada baiknya hal ini segera diatasi, caranya dengan semua pemimpin Sabah bersatu hati,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya