HomeIsu tempatanPesara ATM Sabah disyorkan daftar ahli PVATM

Pesara ATM Sabah disyorkan daftar ahli PVATM

Read Time:54 Second

SEMPORNA : Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabah disyorkan untuk segera mendaftar sebagai ahli Persatuan Vateran ATM (PVATM).

Naib Yang DiPertua 1, Awil Kamsari berkata, ini bagi memastikan semua veteran ATM tidak tercicir daripada mendapatkan bantuan atau sumbangan.

Katanya, dalam masa yang sama maklumat berkaitan ATM juga dapat disampaikan kepada para ahli yang menyertai.

“Struktur geografi negeri Sabah yang luas juga menyukarkan usaha menjejaki mereka namun terdapat 19 cawangan PVATM seluruh Sabah bersedia bagi membantu mereka dalam urusan keahlian. 

“Diharap dengan keahlian ini sedikit sebanyak ia akan dapat menjamin kebajikan mereka sebagai vateran ATM dapat terus terjaga,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) di sini, baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 30 ahli PVATM.

Sementara itu, balu kepada pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mahmur Ajae, Junaida Amal, 47, terharu dengan keprihatinan serta sumbangan yang diterimanya.

“Sumbangan ini sangat bermakna dan memPbantu meringankan beban terutama kepada saya dan enam anak yang masih bersekolah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular