42 beg darah dikutip bantu Tabung Darah Hospital Beaufort

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:39 Second

BEAUFORT : Sebanyak 42 beg darah berjaya dikutip menerusi kempen derma darah yang dianjurkan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batandok Gadong disini baru-baru ini.

Kempen itu berjaya membantu menambah bekalan darah Hospital Beaufort bagi bulan ini terutama dalam membantu pesakit-pesakit Thalassemia yang sedang menerima rawatan.

Program serupa pernah diadakan pada tahun 2019 namun terhenti disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Tahun ini jawatankuasa KRT Batandok berjaya mengadakan semula program derma darah yang turut diselitkan dengan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma kepada penduduk setempat.

Sebuah badan bukan kerajaan, Pertubuhan Love To The Moon yang berpangkalan di Hong Kong, turut menyumbang sebagai penaja saguhati penderma darah.

Turut hadir Pegawai Perubatan merangkap Ketua Pasukan Perolehan Darah Tabung Darah Hospital, Dr Nur Shahada Kasunadi Natar dan Pengerusi KRT Batandok, Rosmawi Kimlin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *