Penyelidik UMS raih pingat dalam IINNCOME 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam penyertaan International Innovation Competition on Languages, Education and Societies (IINNCOME) 2022.

Kesemua pingat dimenangi melalui beberapa pensyarah dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Fakulti Sains Dan Sumber Alam (FSSA), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG).

Pingat emas pertama dimenangi melalui inovasi bertajuk E-Portfolio for Academic Writing yang dihasilkan oleh Dr. Wirawati Ngui Yi Xe (FPP), Prof Dr. Vincent Pang Ah Phook (FPP) dan Dr Wendy Hiew (PPIB).

Sebuah lagi pingat emas dimenangi kumpulan penyelidik terdiri daripada Prof. Madya Dr. Wardatul Akmam Din (PPPG), Prof. Madya Dr. Darmesah Gabda (FSSA), Prof. Madya Dr. Suyansah Swanto (FPP) dan Anna Lynn Abu Bakar (PPIB) dengan inovasi bertajuk Exploring the Impact of the Integration of JamTT in an Undergraduate ESL Writing Classroom.

Sementara itu, pingat perak dimenangi melalui inovasi bertajuk Virtual Simulation Strategy (VSimS) as an Alternative Assesment Strategy for the Development of TPACK among ESL Pre-Service Teachers.

Ia dihasilkan oleh dua pensyarah FPP iaitu Dr. Noraini Said dan Dr. Megawati Soekarno.

Kedua-dua mereka turut menyumbang satu pingat gangsa kepada UMS melalui inovasi bertajuk Digitalising Communication Strategy Training Through A Mooc for Lifelong Learning Among TESL Trainees.

Dalam pada itu, sebuah lagi pingat gangsa diperoleh melalui kajian bertajuk The Development of Covid-19 Inquiry-Based STEM Module (CIBSM) to Promote Fluency among Preschoolers.

Ia dihasilkan oleh tiga pensyarah FPP iaitu Dr Noraini, Dr. Connie Cassy Ompok dan Phreoza Dayzency Missie.

Untuk rekod, IINNCOME 2022 dianjurkan antara lain bertujuan memupuk budaya inovasi dalam kalangan pelajar, pensyarah bahasa, dan pengamal pendidikan di peringkat menengah dan pengajian tinggi, serta komuniti dan industri.

Berlangsung secara dalam talian baru-baru ini, ia merupakan anjuran Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *