HomeSukanPasukan Muay Thai Sabah capai sasaran kutip 3 pingat emas

Pasukan Muay Thai Sabah capai sasaran kutip 3 pingat emas

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Muay Thai Sukma Sabah berjaya mencapai sasaran dengan membawa balik tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam Kategori Kombat dan dua pingat perak untuk Kategori Seni Muay atau Mae Mai Muay Thai menerusi Kejohanan Muay Thai Remaja Kebangsaan di Kuantan, Pahang pada 15 Julai lalu.

Presiden Muay Thai Sabah Nazri Ab Razak berkata, tiga pingat emas diperolehi masing-masing dari atlet Vireen Teo kategori 48kg, Eva Anastasia Warren Kategori Wanita 51kg dan Shah Aryan Shazam Kategori Lelaki 51kg.

“Manakala pemenang pingat perak Areen Khan Shazam menerusi kategori 48kg yang menunjukkan prestasi yang amat baik di peringkat akhir tetapi keputusan juri tidak memihak kepada beliau. Pemenang pingat gangsa jatuh kepada Kenny Jafili kategori lelaki 71kg,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Nazri, ini pertama kali Pasukan Sukma Sabah menghantar pasukan seni Muay Thai dipertandingkan ke peringkat kebangsaan yang diwakili oleh duo lelaki Dariss Muzamil dan Thien Zhi Cheng, manakala duo wanita Myra Arina Roslan dan Yan Jia Chi. Kedua-dua pasukan duo ini berjaya membawa balik pingat perak.

“Manakala atlet Muay Thai Remaja dan Kanak-kanak Pelapis Sabah juga memberikan keputusan yang memberansangkan, mereka berjaya membawa balik sembilan emas tiga pingat perak dan dua gangsa.

“Keputusan ini juga menaikkan semangat para atlet lain untuk berlatih lebih bersungguh-sungguh di mana akan lebih banyak kejohanan akan datang di dalam negeri dan peringkat kebangsaan terutama nya Sukan Sabah dan sukma di masa hadapan. Pihak persatuan juga berterima kasih kepada ibu bapa para atlet yang bertanding dengan sokongan dari semua arah,” katanya.

Kontinjen untuk Kejohanan Remaja Kebangsaan dan Pra Sukma 2022 di kuantan pahang diiringi oleh Ketua Jurulatih Negeri Cyrille Dhillon Tahing dan Jurulatih Sukma Sabah Vallerio Gumbillai, Muhammad Ajman Ajmain, Ranjit Singh Maan, Mardiana Maulana dan Jurulatih Pelapis Remaja, Rozaimy Ahad serta 32 atlet Muay Thai Negeri Sabah termasuk 12 atlet Sukma dan 20 atlet Remaja dan Kanak-kanak Muay Thai Pelapis Sabah.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya