HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan pastikan kutipan hasil negeri terus kukuh

DUN Sabah : Kerajaan pastikan kutipan hasil negeri terus kukuh

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri sentiasa memastikan kutipan hasil negeri terus kukuh bagi menyumbang ke arah pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Menteri Kewangan II DatukSeri Masidi Manjun berkata, Kerajaan memandang serius bukan sahaja ke atas pungutan cukai jualan produk petroleum tetapi juga ke atas semua jenis produk yang dikenakan cukai jualan negeri.

“Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menerusi semua hak perlembagaan dan perundangan untuk mendapatkan semula Cukai Jualan Negeri yang terhutang dan tertunggak, jika ada, demi untuk menjaga kedaulatan negeri ini.

“Menerusi peruntukan-peruntukan di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998, Kerajaan Negeri adalah berhak untuk mengambil tindakan bagi menuntut cukai yang tidak dibayar oleh syarikat pembayar cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, mana-mana orang yang gagal mengemukakan penyata taksiran atau gagal membayar amaun cukai jualan negeri yang genap masanya boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Katanya, Pengarah cukai jualan negeri juga boleh membuat taksiran mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai yang perlu dibayar.

“Jika sesuatu amaun cukai jualan negeri tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, penalti sebanyak 10 peratus boleh dikenakan dan dinaikkan 10 peratus lagi bagi setiap 30 hari baki cukai yang tidak dibayar sehingga penalti maksimum sebanyak 50 peratus.

“Pengarah cukai jualan negeri boleh membatalkan lesen cukai jualan dan syarikat tidak boleh menjalankan perniagaan tanpa lesen cukai jualan negeri,” katanya.

Masidi menambah, Pengarah cukai jualan negeri boleh mengeluarkan permintaan kepada Ketua Pengarah Imigresen supaya orang dihalang daripada meninggalkan Malaysia.

“Selain itu, Cukai jualan negeri dan penalti boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya