HomeUtamaDUN Sabah : Tiada keperluan mewartakan jeti bagi tujuan pemunggahan ikan

DUN Sabah : Tiada keperluan mewartakan jeti bagi tujuan pemunggahan ikan

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Tidak ada keperluan untuk mewartakan mana-mana jeti untuk tujuan pemunggahan ikan yang wujud di Sabah.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury berkata, ini adalah merujuk kepada mekanisme perundangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

“Buat  masa  ini  tidak  ada  keperluan  untuk  pewartaan  bagi  mana-mana  jeti  untuk  tujuan  pemunggahan  ikan  di  Negeri  Sabah.

“Walau  bagaimanapun,  untuk  memastikan  jeti-jeti  pemunggahan  ikan  ini  boleh  beroperasi,  maka  sesuai  dengan  peruntukan  perundangan  yang  termaktub  dalam  Enakmen  Pelabuhan  dan  Dermaga  2002,  mana-mana  pemilik  atau  pengendali  mana-mana  jeti,  termasuklah  jeti  untuk  memunggah  ikan,  hendaklah  mendapatkan  kebenaran  “harbour”  daripada  Pengarah  Jabatan  Pelabuhan  Dan Dermaga Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd Arsad Bistari (BN-Tempasuk) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Limus berkata, pada  masa  ini,  di  bawah  Enakmen  Pelabuhan  dan  Dermaga  2002,  JPDS  hanya  memainkan  peranan  untuk  mengeluarkan  kebenaran,  dan  tiada  keperluan pewartaan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, Kementeriannya bersama Majlis Daerah Kunak telah mengenalpasti kawasan bagi penyediaan dan penambahbaikan kemudahan rekreasi untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah sesuai kepada pelbagai peringkat umur dan golongan sasaran.

“Rancangan penyediaan dan pelan bagi cadangan tersebut telah dimasukkan dalam senarai keutamaan kementerian dan pelaksanaan dipertimbangkan mengikut keutamaan dan ketersediaan peruntukan semasa.

“Sehubungan dengan itu, melalui peranan di bawah kementerian saya, inisiatif naik taraf landskap dan amalan budaya hidup sihat adalah sebahagian usaha penting demi mewujudkan persekitaran kondusif dan komuniti yang sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikiamn ketika menjawab pertanyaan Norazlinah Arif (WARISAN-Kunak) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK benarkan Taman Perdana Tanjung Aru beroperasi semula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular