HomeUtamaHarga siling minyak masak tulen botol 5kg ditetapkan RM34.70 seluruh negara bermula...

Harga siling minyak masak tulen botol 5kg ditetapkan RM34.70 seluruh negara bermula 8 Ogos ini

Read Time:1 Minute, 32 Second

PUTRAJAYA : Harga siling minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) akan ditetapkan pada harga RM34.70 di peringkat runcit di seluruh negara berkuatkuasa 8 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (PKJTI) yang diadakan semalam.

Katanya, keputusan yang dicapai antara lain menyaksikan mekanisme penetapan harga siling minyak masak botol tidak bersubsidi ditentukan secara bulanan untuk seluruh negara termasuk Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mengikut harga purata minyak sawit mentah (CPO) bagi satu tan metrik di pasaran dunia pada bulan sebelumnya.

“Harga purata bulanan minyak sawit mentah (CPO) akan ditentukan oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi pada setiap 1hb tiap bulan diikuti dengan pengumuman harga siling minyak masak tulen kemasan botol bagi bulan tersebut yang akan berkuat kuasa pada setiap 8hb sehingga 7hb bulan berikutnya.

“Berdasarkan perangkaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), hargapurata CPO bagi Julai 2022 adalah RM4,603,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexander berkata, menerusi pengiraan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan di samping rundingan bersama pemain industri minyak sawit, harga maksimum jualan di peringkat peruncit untuk botol lima kg bagi Ogos 2022 ditetapkan pada paras RM34.70.

Katanya, mekanisme di sebalik penetapan harga siling ini dibuat bersandarkan simulasi harga jualan minyak masak tulen di peringkat peruncit, dengan mengambil kira perkembangan semasa CPO.

“Bagaimanapun, penetapan harga siling juga mengambil kira beberapa aspek kos luar jangka seperti logistik, termasuk situasi dialami segelintir peruncit untuk menghabiskan bekalan minyak masak tulen yang dibeli dengan harga lama.

“Selain itu, perintah larangan mengeksport minyak masak tulen tidak bersubsidi dalam semua bentuk kemasan polibeg diwartakan semalam bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan pengeksport di samping meningkatkan keberkesanan pemantauan bagi mengurangkan ketirisan barangan kawalan serta subsidi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular