HomeUtamaAmalkan sikap mementingkan aspek kebersihan elak penyakit berjangkit - Masidi

Amalkan sikap mementingkan aspek kebersihan elak penyakit berjangkit – Masidi

Read Time:2 Minute, 24 Second

KUNDASANG: Masyarakat kawasan Ranau dan Kundasang diajak supaya mengamalkan sikap mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan seharian bagi mengelak penularan penyakit berjangkit disebabkan persekitaran yang kotor.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, warga Ranau dan Kundasang memang terkenal dengan sikap ramah, bersopan, rajin dan dikurniakan dengan bentuk bumi yang indah serta subur berpotensi menjadi antara pusat pelancongan yang menarik dan terkenal di Malaysia malah peringkat antarabangsa serta sering menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

“Dengan sebab itu, kita harus ada kesedaran betapa pentingnya  menjaga kawasan sentiasa bersih, cantik dan selamat dikunjungi,” jelas Datuk Masidi ketika berucap melancarkan Kempen Pengibaran Jalur Gemilang serentak dengan Kempen Kebersihan Anti Kutu Sampah peringkat daerah Ranau di Pentas Budaya pekan Kundasang pagi tadi.

Menurut Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, kesedaran semua orang tentang kebersihan perlu ditanam dalam diri masing-masing tanpa mengira suku kaum, agama, budaya dan idologi politik harus berganding bahu mewujudkan persekitaran atau kawasan yang bersih, cantik dan  selamat untuk dikunjungi.

“Memandangkan daerah Ranau dan Kundasang terkenal dengan lokasi pelancongan yang menarik maka kebersihan adalah antara aspek yang perlu dijaga”, tegasnya.

Menyentuh dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Datuk Masidi turut mengajak penduduk termasuk para peniaga, pengusaha hotel penginapan, Inap Desa, bangunan kerajaan negeri, persekutuan, sewasta, kenderaan Jabatan atau persendirian serta rumah kediaman hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri  sebagai bukti sokongan  serta  kesyukuran atas kejayaan negara mencapai kemerdekaan daripada kuasa  penjajah.

“Kita bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara boleh bentuk acuan kerajaan sendiri dalam satu negara yang merdeka dan berdaulat”, tambah Masidi.

Terdahulu, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa pelaksana program itu, Jumain Abd.Ghani dalam ucapan aluannya, merakam penghargaan atas kehadiran Datuk Masidi, para jemputan dan orang ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.

Jumain memaklumkan pelbagai acara akan diadakan sepanjang bulan Ogos Hari Kemerdekaan  hingga  sambutan Hari Malaysia bulan September untuk menyemarakan lagi kedua-dua ‘Bulan Bersejarah’ termasuklah Kembara Merdeka Perarakan Merdeka, Perarakan ‘Kereta Berhias dan banyak lagi.

“Penyertaan dan kehadiran orang ramai adalah amat kita perlukan bagi menjayakan semua program  yang dirancang,” katanya.

Turut diadakan sempena majlis itu, ialah Penyerahan Sijil Pengistiharan ‘Kosong Sampah’, kepada Pengerusi Gerai Sayur Kundasang dan Pengerusi Tamu Kundasang disusuli penyampaian Sijil Penghargaan kepada PDRM, RELA, Hospital Ranau, Jabatan Kesihatan, Pengerusi KBI, Pengerusi JKDB  Kundasang, Pengerusi Persatuan Gerai Sayur Kundasang, Pengerusi Tamu KRT Kundasang dan Skuad Kebersihan Ranau yang disampaikan Datuk Masidi.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, ADUN (dilantik), Datuk Amisah Yassin, PPM Kundasang, Dauni Samy (mewakili Datuk Dr Joachim Gunsalam), PPM Karanaan Rosdie Ghani, PPM Paginatan, Mohd.Hisyamudin Harun, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi  JPKK bersama ribuan penduduk setempat.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular