HomeIsu tempatan500 peserta jayakan Webinar GEGAR kampus

500 peserta jayakan Webinar GEGAR kampus

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Seramai 500 peserta menjayakan Program Webinar Generational End Game Anti Rokok (GEGAR) Kampus anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, baru-baru ini.

Bertemakan Generational End-Game, para peserta didedahkan dengan peri pentingnya pembentukan generasi bebas rokok pada masa hadapan serta bahaya penggunaan rokok elektronik (Vape).

Program secara dalam talian itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Biro Pengajian Tinggi dan Kelab PEMADAM (Sektor Swasta), Dr. Juliana Rosmidah Jaafar.

Katanya, program itu bertepatan dengan salah satu objektif penganjuran iaitu pendedahan tentang impak negatif tabiat merokok dalam kalangan orang ramai khususnya golongan belia.

“Penganjuran webinar ini bertujuan memantapkan kesedaran warga kampus mengenai Generational End-Game yang bakal menamatkan generasi perokok dan penyalahgunaan dadah.

“Untuk makluman, konsep Generational-End-Game dan Dasar Dadah Negara mempunyai matlamat ke arah ‘Dadah Terkawal 2025’.

“Saya percaya matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya mempunyai kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Webinar tersebut dihadiri pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, sekolah menengah, pelajar sekolah rendah, penjawat awam, dan orang ramai.

Ia turut menampilkan dua penceramah jemputan iaitu Ketua Penolong Sektor Kawalan Tembakau dan Urus Setia Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Muaz Sayuti; dan Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Haazik Mohamed.

Sementara itu, Pengarah Program GEGAR Kampus, Afrina Shafri Khan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan webinar sehari tersebut.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada PEMADAM Kebangsaan, KKM, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, UMS, panel penceramah, para peserta, dan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular