HomeIsu tempatanGanding bahu pastikan hubungan kekeluargaan sentiasa terjaga

Ganding bahu pastikan hubungan kekeluargaan sentiasa terjaga

Read Time:1 Minute, 16 Second

TAMPARULI: Masyarakat di semua peringkat perlu terus bersatu dan berganding bahu dalam memastikan hubungan kekeluargaan dikalangan penduduk akan sentiasa terjaga dengan sempurna.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, penduduk yang tinggal di bandar mahupun kampung juga perlu memastikan hubungan silaturrahim antara jiran juga perlu dititikberatkan.

“Sempena sambutan Maal Hijrah ini, saya meminta kepada semua masyarakat khususnya di daerah ini untuk bersama berhijrah kepada perkara yang lebih baik.

“Sama-sama kita segarkan, mekarkan kasih sayang, silaturrahim antara kejiranan dengan saling bantu membantu sekiranya ada perkara yang perlu dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat daerah kecil Tamparuli di Masjid Baitul Rahman Sungai Damit di sini hari ini.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, ia juga adalah bersesuaian dengan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran.

“Jika dahulu kita ada salah faham antara kejiranan, maka kali ini kita berhijrah kepada lebih baik dengan meminta maaf.  Jika ini dapat dicapai, keharmonian sesebuah keluarga itu akan dapat dikecapi dengan harmoni,” katanya.

Pada majlis itu, seorang pesara Pendidikan Yatau @ Azman Ubin,67, dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat daerah kecil Tamparuli.

Selain itu, turut menerima anugerah Mohd Zulkepli Awang,62, dan Saidati Madani,60, masing-masing dianugerahkan Bapa Mithali dan Ibu Mithali.

Terdahulu, Jahid turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM150,000 bagi membina Dewan Terbuka Masjid Baitul Rahman Sungai Damit bagi melaksanakan aktivit-aktiviti kemasyarakatan di kampung berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular