HomeUtamaHormati,terima semua perkara termaktub dalam MA63 khususnya melibatkan undang-undang negeri

Hormati,terima semua perkara termaktub dalam MA63 khususnya melibatkan undang-undang negeri

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah meminta agar semua pihak menghormati dan menerima segala perkara yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya yang melibatkan undang-undang negeri ini dan juga Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada ketika ini Sabah belum bersedia untuk mengubah sebarang syarat dan terma yang terkandung dalam MA63.

“Ini adalah sebahagian terma yang terdapat dalam perjanjian Malaysia, Kita tidak bersedia untuk menggugurkan syarat-syarat tersebut sebab kita mempunyai sebab-sebab tersendiri.

“Sudah tentu kita mahu menjaga kebajikan orang kita. Kalau ada peluang pekerjaan atau perniagaan, orang pertama yang mendapat peluang adalah orang kita sendiri dan kemudian baru kita ambil orang lain,” katanya.

Katanya ketika ditemui selepas menghadiri Forum AntiRasuah dan Tatacara Mencukupi bagi Badan Korporat dan PKS (SME) Seksyen 17A Akta SPRM 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Razali Idris dalam sidang dewan negara semalam mengenai entri pas ke Sabah dan Sarawak.

Masidi berkata, ketika ini tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh individu dari Semenanjung yang berkunjung ke negeri ini.

Katanya, mereka hanya perlu melalui pemeriksaan keselamatan dan mengemukakan MyKad selain perkara sama turut dilakukan oleh rakyat negeri ini yang berkunjung ke Semenanjung.

“Bagi mereka yang berasal dari Semenanjung yang ingin menetap di Sabah lebih dari tiga bulan disebabkan bekerja di negeri ini, mereka hanya perlu memohon pas kerja di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular