HomeUtamaKetua Menteri & Isteri selamat mengerjakan ibadah umrah

Ketua Menteri & Isteri selamat mengerjakan ibadah umrah

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag tiba di Kota Kinabalu hari ini, setelah melaksanakan ibadah umrah dan ziarah di Kota Mekah.

Hajiji dan isteri selamat kembali ke tanah air pada Selasa (16 Ogos) dan seterusnya melanjutkan penerbangan dan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Bersama-sama Hajiji mengerjakan ibadah umrah ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong.

Antara yang menyambut ketibaan Hajiji di KKIA ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Haji Kadzim M.Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya