HomeUtamaTubuh unit integriti peringkat jabatan, alternatif orang awam salurkan aduan salah laku...

Tubuh unit integriti peringkat jabatan, alternatif orang awam salurkan aduan salah laku rasuah – Masidi

Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU : Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau badan berkanun dibawah Kerajaan disaran untuk mewujudkan satu unit integriti di peringkat jabatan masing-masing.

Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, inisiatif itu adalah sebagai alternatif untuk orang awam melaporkan sebarang kejadian salah laku mahupun aktiviti rasuah.

“Orang ramai khususnya perlu membuat laporan jika berlaku satu amalan korupsi khususnya diperingkat jabatan.  Justeru setiap GLC mahupun badan kerajaan  serta berkanun perlu mempunyai satu unit integriti dan pastikan unit ini diketahui semua umum.

“Ini bagi membolehkan orang ramai melaporkan terlebih dahulu untuk tujuan pembasmian sebarang tuduhan dalam organisasi tersebut sekiranya mereka takut untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Forum AntiRasuah dan Tatacara Mencukupi bagi Badan Korporat dan PKS (SME) Seksyen 17A Akta SPRM 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, unit integriti berkenaan perlu bergerak bebas bagi memastikn ianya dapat membantu memantau tindak tanduk kakitangan sebuah organisasi berkenaan.

Katanya, jika terdapat salah laku atau pelakuan rasuah, unit berkenaan akan melaporkan kepada ahli lembaga pengarah atau pihak berkaitan untuk siasatan dibuat dan ia merupakan satu tindakan awal bagi membanteras gejala rasuah.

Dalam pada itu, Masidi berkata, masyarakat turut digesa untuk sentiasa mengamalkan sikap mengambil tahu dan melaporkan sebarang kegiatan amalan rasuah kepada pihak berkuasa bagi membantu Kerajaan membendung gejala rasuah yang berleluasa di negara ini. 

Katanya, berdasarkan statistik Transparency International Malaysia, negara ini berada di tangga keenam iaitu hanya 48 peratus untuk negara-negara ASEAN dalam kajian mengenai peratus orang yang bersetuju bahawa membuat laporan berkenaan rasuah boleh diterima secara budaya.

Menurutnya, ini juga menunjukkan lebih separuh responden yang ditemubual sanggup untuk menutup mata dan tidak membuat sebarang laporan dalam kes melibatkan rasuah di negara ini. 

“Sudah sampai masanya isu integriti ini diberi perhatian oleh semua pihak dan mempergiatkan kempen kesedaran rasuah agar tiada sebarang tolenrasi korupsi dapat diterima di negara ini,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 180 orang peserta terdiri daripada GLC, Badan Berkanun Negeri dan kementerian menghadiri Forum tersebut.

Program ini adalah anjuran Unit Integriti Negeri Sabah dengan kerjasama daripada  Transparency International Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah 

Turut hadir bersama dalam forum ini adalah Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan dan Pengarah SPRM Cawangan Sabah TPj Datuk Karunanithy. 

RELATED ARTICLES
Utama

KePKAS lulus peruntukan RM90,000 baik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular