HomeEkonomiAffin Bank rancang buka cawangan di Inanam

Affin Bank rancang buka cawangan di Inanam

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU:  Affin Bank Bhd merancang untuk membuka sebuah lagi cawangannya di negeri ini iaitu di kawasan Inanam.

Pengerusinya, Datuk Mohd Agil Mohd Natt berkata, pihaknya menyasarkan pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan dan  pembiayaan Industri Kecil dan Sederhana (SME) untuk membantu rakyat Sabah dalam perniagaan dan membeli rumah.

“Terdapat banyak peluang perniagaan di Sabah, kita bercadang memperluas sumber kita agar dapat menyediakan perkhidmatan perbankan kepada masyarakat di sini.

“Sasaran kita adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan di Sabah dengan menyediakan pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan dan juga pembiayaan SME membantu rakyat negeri ini memula dan memajukan perniagaan serta membeli rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Mohd Agil berkata, bagi tujuan tersebut, pihaknya sedang mengadakan kajian fasiliti bagi mendapatkan tapak untuk membuka satu lagi cawangan di daerah Inanam memandangkan agensi perbankan itu cuma ada lima cawangan iaitu dua di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Turut hadir  ialah Ketua Komuniti Kumpulan Affin Bank Bhd, Johanna Abdullah dan Pengurus Kanan Wilayah EAM, Ronny Jim Philip Anskar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya