HomePolitikMCA selar kenyataan Abdul Hadi

MCA selar kenyataan Abdul Hadi

Read Time:1 Minute, 13 Second

CYBERJAYA — Parti MCA hari ini menempelak kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera menjadi punca berlakunya budaya rasuah yang merosakkan ekonomi dan politik di negara ini.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, kenyataan itu tidak patut dikeluarkan sama sekali oleh Abdul Hadi kerana ia bercanggah dengan konsep Keluarga Malaysia serta boleh mengugat perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia.

Katanya, kenyataan tersebut juga tidak berasas kerana setiap agama menolak perbuatan rasuah dan ia adalah masalah universal serta tidak berkaitan dengan mana-mana bangsa.

“Ia sangat mengejutkan dan mengecewakan apabila seorang pemimpin yang menerajui satu parti politik besar selain jawatannya sebagai Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Pemikiran begini juga tak sesuai dengan jawatannya kerana tidak mewakili rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang agama dan bangsa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Wanita MCA negeri di Wisma MCA Perlis di sini hari ini

Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan mengenai kenyataan tersebut yang dikeluarkan Ahli Parlimen Marang itu pada 19 Ogos lalu.

Sementara itu. beliau turut mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melucutkan jawatan Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah bertaraf menteri yang disandang Abdul Hadi itu kerana kenyataan tersebut mampu mencetuskan suasana tidak harmoni di negara ini.

Katanya, kenyataan tersebut juga boleh menimbulkan kemarahan dan dendam selain mampu mencetuskan ketegangan kaum yang mempunyai kaitan dengan isu keselamatan negara

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular