HomeIsu tempatanTun Juhar ketuai konvoi bermotorsikal sejauh 150km

Tun Juhar ketuai konvoi bermotorsikal sejauh 150km

Read Time:40 Second

KOTA BELUD: Sebanyak 60 buah motorsikal berkuasa tinggi telah menyertai Konvoi Bermotosikal sejauh lebih kurang 150 kilometer yang bermula dari Istana Seri Kinabalu ke Dewan Tun Said Kota Belud dan kembali semula ke ibu negeri.

Konvoi yang diketuai sendiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin itu adalah bersempena dengan Hari Jadi Ke-69 beliau.

Pada majlis itu, Tun Juhar menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) kepada 50 penerima yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim dari sekitar daerah tersebut.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah,Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa dan Pegawai Daerah, Peter Jonu Moinjil.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK lancar piawaian kebersihan dan keteraturan sektor operasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular