KOTA KINABALU — Penganjur muzik boleh memilih negeri Sabah sebagai tempat menganjurkan acara mereka dan Sabah adalah negeri lagu dan muzik ujar Setiausaha politik kepada ketua menteri Sabah, Ceasar Mandela Malakun.
Katanya Sabah mengalu-alukan konsert, termasuk yang menampilkan artis antarabangsa dan negeri Ini pernah menganjurkan acara itu sebelum ini dan tidak pernah ada masalah,”
Beliau menolak tanggapan bahawa konsert yang menampilkan artis antarabangsa memberi ancaman kepada negara.
Ancaman sebenar kepada kita adalah ideologi yang boleh memecahbelahkan dan memusnahkan keharmonian kaum dan agama kita yang telah lama terjalin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah malakun lagi rakyat Sabah tidak mungkin membantah hanya kerana seseorang menyuruh mereka berbuat demikian, sambil menambah bahawa kami adalah orang yang cintakan keamanan.
“Selain itu, orang Sabah adalah orang sederhana yang hidup dengan penuh timbang rasa. Kami hidup dengan keadaan harmoni walaupun berbeza etnik dan agama, dan kami saling menghormati,” katanya.
Beliau berkata demikian ekoran amaran Pemuda PAS bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika kerajaan tidak menarik balik penganjuran yang membabitkan penyanyi antarabangsa.
Ujar Malakun lagi, apa yang rakyat Sabah perlu tolak tolak ialah ideologi yang boleh menghancurkan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi identiti kebanggaan negeri itu.
Beliau berkata muzik dan lagu mempunyai kuasa sejagat untuk menyatukan rakyat dari semua kaum dan agama, serta masyarakat etnik.
“Rakyat Sabah menghargai nilai muzik dan lagu kerana ini adalah sebahagian daripada setiap komuniti etnik dan kami menurunkannya dari generasi ke generasi.
“Dan apa yang menyatukan kami ialah lagu dan muzik daripada satu komuniti etnik dihargai dan dinikmati oleh orang lain dan Ini adalah salah satu identiti orang Sabah,” katanya.
Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari baru-baru ini menggesa kerajaan membatalkan konsert berjadual yang menampilkan artis antarabangsa dan memberi amaran bahawa melainkan jika ini dilakukan, protes akan berlaku di seluruh negara.
Katanya Jangan dibiarkan budaya hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat serta mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana di Putrajaya.