HomeGaleri fotoPertunjukan udara memukau pengunjung

Pertunjukan udara memukau pengunjung

Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini menyaksikan orang ramai yang hadir ke Dataran Merdeka terpukau dengan acara kemuncak pertunjukan aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Aksi terbang lintas kira-kira lapan minit itu menerima tepukan, sorakan serta lambaian daripada pengunjung sebagai tanda penghargaan selain tidak ketinggalan mengeluarkan telefon dan kamera masing-masing bagi mengabadikan aksi menarik tersebut.

Buat pertama kalinya dalam Sambutan Hari Kebangsaan, segmen pertunjukan udara tidak disekalikan dengan kontinjen berjalan lalu bagi membolehkan penonton memberi fokus kepada setiap aset yang berjalan lalu seterusnya dapat menyaksikan terbang lintas hormat dan aksi pesawat di udara dengan lebih jelas dan terperinci.

Lebih menarik segmen itu dikendalikan sendiri oleh komentator daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapt Aslam Hariri Abdul Rashid dan Lt Nurshahira Nazarudin.

Segmen pertunjukan udara itu melibatkan pesawat pejuang, pesawat angkut dan helikopter antaranya Sukhoi SU 30 MKM, F-18D Hornet dan BAE Hawk serta pesawat angkut A400M dan C130, helikopter EC 725AP, AW 109, MD 530G, FENNEC, AW139, AW 189 dan Mi 17.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : LTT kekal sebagai lapangan terbang domestik selepas siap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular