HomeSukanHilang fokus selepas ketinggalan jaringan - Kim Swee

Hilang fokus selepas ketinggalan jaringan – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Tendangan ‘setpieces’ atau sepakan percuma menjadi antara punca Sabah FC kehilangan fokus selepas ketinggalan jaringan pada perlawanan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam tadi.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, dua jaringan pasukan pelawat itu juga menyebabkan pasukannya sentiasa ketinggalan dan ia menjadi satu kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Kita tahu pasukan KL merupakan sebuah pasukan yang bermain secara taktikal yang cukup baik dan mereka hadir disini untuk mendapatkan satu mata dan mereka berjaya.

“Bagaimanapun kita gagal untuk menyempurnakan banyak peluang dan menyebabkan kita tidak dapat mata penuh atau meraih kemenangan pada malam ini (semalam),” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Pada perlawanan semalam, Sabah FC sekadar berkongsi satu mata dengan KL City FC selepas terikat dengan keputusan seri 2-2.

Gol pertama pasukan pelawat hadir seawal minit ke-5 hasil tandukan pemain import KL City FC, Giancarlo Gallifuoca selepas menerima bola hasil hantaran sepakan percuma dari luar sebelah kiri kotak penalti Sabah yang dituju tepat ke arahnya oleh kapten pasukan, Paulo Jouse tanpa diduga pertahanan Sabah.

Memasuki babak kedua perlawanan, Sabah berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-47 menerusi ketangkasan Dominic Tan mencuri peluang melakukan cubaan selepas melihat bola terlepas daripada hadangan Mendoza di hadapan gawang KL City.

Sabah sekali lagi dikecewakan apabila KL City berjaya menambah gol kedua menerusi Muhammad Akram Mahinan pada minit ke-60 menjadikan kedudukan berubah dengan KL City mendahului dengan 2-1.

Akhirnya Sabah sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma Saddil Ramdani di hadapan gawang KL City setelah gagal ditepis Mendoza pada minit ke-85 menjadikan kedudukan kembali terikat dengan 2-2.

Sabah kekal menduduki tangga kedua mengutip 36 mata dibelakang pendahulu Liga Johor Darul Ta’zim (JDT) dan akan meneruskan saingan liga menentang Selangor FC pada 10 September ini di Stadium Likas.End

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan silat cungkil bakat anak muda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular