HomeUtamaAPM Sabah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

APM Sabah siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Seramai 1,200 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah bersiap siaga melakukan tugas penyelamatan menjelang musim Monsun Timur Laut.

Pengarah APM Negeri Sabah, Mohtar Samat berkata, sebagai sekretariat pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah, pihaknya bersedia memberikan khidmat bantuan kemanusiaan sehingga tambahan 3,000 anggota.

“Kita telah melaksanakan tindakan awal pemeriksaan logistik, penyelenggaraan kenderaan dan latihan kepada anggota peringkat akar umbi di samping kerjasama erat dengan pelbagai agensi penyelamatan.

“Hebahan umum keperluan proses perpindahan ke lokasi selamat akan dibuat seawal mungkin dengan bantuan pegawai daerah, pemimpin masyarakat dan media jika risiko bencana banjir berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Mokhtar yang mula bertugas di Sabah pada 7 Jun lalu  melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi memperkenalkan diri kepada Tun Juhar.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang menyampaikan maklumat ringkas hal ehwal kehakiman di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular