HomeUtamaLima pelajar lanjut pengajian ke luar negara menerusi BKNS

Lima pelajar lanjut pengajian ke luar negara menerusi BKNS

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) buat julung kalinya menghantar lima pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, sejak Biasiswa Anugerah Tuan Yang Terutama (TYT) diperkenalkan pada 1982, penerima biasiswa sebelum ini hanya melanjutkan pelajaran mereka di dalam negara.

“Oleh itu, selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk Pembangunan Modal Insan bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Sabah, BKNS menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.

“Diharap dengan penganugerahan ini akan dapat memberi motivasi kepada pelajar lain untuk terus mencapai kejayaan dalam bidang akademik,” katanya.

Rosmadi berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Tawaran Biasiswa Anugerah TYT di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Pada kunjungan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan tawaran biasiswa itu kepada tiga pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Mereka adalah Stanley Ka Gong Shen yang melanjutkan pengajian ke University Of Cambridge; Muhammad Nabil Zikri Omarbawi di University of South Wales dan Fitri Aisya Nabila Mansur di University of Portsmouth. 

Sementara itu, dua lagi pelajar yang menerima tawaran berkenaan adalah Muhammad Yousoff Mohd Yunus (University Of Indianapolis, Amerika Syarikat) dan Aidan Cyril Gom (Curtin University, Perth Australia).

RELATED ARTICLES
Utama

Bidang pendidikan, modal insan keutamaan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular