HomeUtamaBeri Kouta Khas Vaksinasi Kepada Pemain Industri Pelancongan Di Sabah - Jafry

Beri Kouta Khas Vaksinasi Kepada Pemain Industri Pelancongan Di Sabah – Jafry

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah meminta kerajaan pusat agar dapat memberi kouta khas vaksin COVID-19 kepada semua pemain industri pelancongan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Jafry Arifin berkata, kouta itu dilihat perlu bagi memastikan sektor pelancongan di Sabah dapat beroperasi segera selepas terkesan teruk akibat penularan wabak COVID-19 sejak tahun lalu.

“Kita mahu pemberian vaksin kepada mereka (pemain industri) lebih awal bagi memudahkan urusan mahu perancangan berkaitan pelancongan dapat dilaksanakan lebih teratur sebaik industri pelancongan dibuka semula.

“Saya difahamkan beberapa sektor mahupun kementerian lain juga sudah mendapat kouta khas ini termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah menvaksin mereka yang dibawah sektor (MITI) termasuk Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry berkata, kerajaan pusat mahupun negeri perlu membuat satu tindakan dan langkah proaktif dalam memastikan semua pemain industri pelancongan di Sabah dapat diberi vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan segera.

“Kita akan mencari formula supaya program imunisasi kepada pemain industri ini dapat dilaksanakan di satu lokasi khas  dan jika semua sudah divaksin berkemungkinan Oktober atau November sektor pelancongan dapat dibuka secepat mungkin.

“Menerusi program ini, mereka mungkin tidak perlu berbaris bersama dengan masyarakat seperti sekarang.  Selain itu, mungkin kita boleh lantik ejen atau pengelola majlis, untuk uruskan vaksinasi khas bagi pemain industri pelancongan ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular