HomeUtamaSabah harap tingkatkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam

Sabah harap tingkatkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam

Read Time:1 Minute, 25 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Sabah mengharapkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam terus dipertingkatkan setelah sempadan kedua-dua negara dibuka semula.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau optimis kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya perdagangan akan berkembang melihat perdagangan Sabah dengan Brunei meningkat lebih empat kali ganda daripada RM311.7 juta pada 2017 kepada RM1.48 bilion pada Ogos 2022.

Sabah sentiasa mementingkan hubungan dengan Brunei, kata Ketua Menteri semasa menghadap Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini hari ini.

Hajiji turut berkongsi dengan Sultan Hassanal Bolkiah pencapaian pelan pembangunan Hala
Tuju Sabah Maju Jaya yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN).

Sejak Kerajaan Negeri GRS-BN mengambil alih tampuk pentadbiran dua tahun lalu, Sabah telah mencatatkan RM5.449 bilion kutipan hasil negeri pada 2021, mencapai RM389 juta dalam pelaburan domestik dari Januari hingga Jun 2022 dan RM9.9 bilion dalam Pelaburan Langsung Asing ( FDI) dari Januari hingga September tahun ini.

Hajiji berkata, Sabah juga mengalu-alukan pelawat dari Brunei, yang telah berkembang.selepas pembukaan semula sempadan dengan penerbangan pertama Syarikat Penerbangan Diraja Brunei ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 6 Mei tahun ini.

Katanya, susulan pembukaan semula sempadan, rakyat Brunei turut melalui jalan darat untuk melawat Sabah mulai 1 Ogos tahun ini. Seramai 78,605 rakyat Brunei melawat Sabah pada 2019 tetapi jumlah itu menjunam kepada 5,494 pada 2020 berikutan penutupan sempadan.

Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Sultan untuk lawatan timbal balas ke Sabah.

Lawatan pertamanya ke Negara Brunei Darussalam sejak dilantik sebagai Ketua Menteri, Hajiji diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Kadzim Yahya, Menteri Tugas- Tugas Khas Datuk Arifin Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular