HomeUtamaTragedi bot karam: 9 selamat, 1 kanak-kanak lelaki maut

Tragedi bot karam: 9 selamat, 1 kanak-kanak lelaki maut

Read Time:59 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki bersama keluarga, karam dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kg Rampaian Laut dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian bot karam itu pada jam 2.22 petang tadi (9 Okt).

Katanya, Pusat Gerakan Operasi menerima laporan terdapat sebuah bot yang membawa sepuluh orang penumpang terdiri dari empat lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan tiga kanak-kanak dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kg Rampaian Laut telah karam.

“Menurut laporan terdapat sembilan orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang kanak-kanak lelaki ditemui oleh orang kampung dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Syazwan, difahamkan kesemua mangsa adalah sekeluarga dari Membakut yang baru balik dari melawat keluarga di Pulau Mantanani.

“Manakala mangsa kanak-kanak yang maut dikenali sebagai Muhammad Hayrul Sufyan Fian berusia satu tahun.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah pihak Bomba memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 4.15 petang tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bidang pendidikan, modal insan keutamaan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular