HomeUtamaAJK Love Healthy KK adakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah

AJK Love Healthy KK adakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Program Love KK Network yang diilhamkan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, sedang menuai hasil kerana pelbagai inisiatif telah dilihat sepadan dengan pelbagai komitmen yang terdiri dari tujuh komponennya iaitu Love Clean, Green, Vibrant, Beautiful, Heritage, Liveable dan Healthy KK.

Pada 4 Oktober lalu, rombongan ahli jawatankuasa Love Healthy KK dan pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Objektif kunjungan hormat itu adalah untuk meningkatkan kerjasama dan berkolaborasi dalam pelbagai program.

Dalam pertemuan itu, Noorliza berkata, penekanan akan diberikan kepada aspek kebersihan premis kedai makan, tandas, kemudahan memasak dan mencuci bagi meningkat taraf kebersihan dan kesihatan.

“Pada masa ini, kriteria pelesenan di DBKK mewajibkan pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan, vaksinasi typhoid dan menghadiri kursus pengendalian makanan,” kata Noorliza dalam kenyataannya semalam.

Menurutnya, JKNS akan meneruskan komitmennya untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan, serta memberi latihan kepada pengendali makanan.

“Sementara itu, DBKK akan terus memantau kebersihan keseluruhan kedai makan dan memberi penggredan akreditasi kepada kedai makan dan kemudahan tandasnya,” jelasnya.

Noorliza turut menekankan bahawa kawalan perosak seperti tikus dan lipas akan dititikberatkan dengan mengurus dan melupuskan sisa makanan dengan baik untuk mengurangkan sumber makanan bagi perosak tersebut dan mengawal populasinya.

Katanya, usaha juga akan dibuat untuk menyediakan persekitaran bebas asap rokok selaras dengan peraturan larangan merokok di kedai makan.

Justeru, JKNS telah diiktiraf atas banyak inisiatif untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan untuk itu dan menganggap mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dalam pada itu, JKNS turut berkongsi bahan pendidikan kesihatan yang boleh digunakan oleh jawatankuasa bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan dan kesejahteraan.

Hadir sama semasa kunjungan hormat itu ialah pengerusi Love Healthy KK Datuk Nancy Ho, ahli Love Healthy KK, Datuk Maznah Abdul Ghani, Datuk Chong Hon Len, Datuk Ir Chin Shu Ying, Tonny Chew, Susan Pan, Deledda Tan dan Michelle de la Harpe Germani, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK, Syron Tunggolou, Pengarah Jabatan Aduan dan Perhubungan Awam DBKK, Zainuddin Abd Goyoh dan pegawai DBKK dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Manakala, Pegawai JKNS yang hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Dr Nirmal Kaur, Pegawai Perubatan Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar, Dr. Anastasha Bahri, Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan, Ramash Rasnan dan Pegawai Teknologi Makanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Ng Pek Hoon.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya