HomeUtamaKeputusan Sabah Longgarkan Sebahagian SOP Adalah Langkah Awal Pulihkan Ekonomi Sabah -...

Keputusan Sabah Longgarkan Sebahagian SOP Adalah Langkah Awal Pulihkan Ekonomi Sabah – Jafry

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan negeri bagi melonggarkan sebahagian Prosedur Standard Operasi (SOP) dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di Sabah dilaksanakan berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, beliau menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berhubung keputusan kerajaan negeri melonggarkan sebahagian SOP beberapa aktiviti sosial dan ekonomi di Sabah.

“Ini merupakan satu langkah awal pemulihan ekonomi di negeri Sabah menerusi pelaksanaan PPN dengan mengekalkan sebahagian besar SOP yang dilaksanakan sebelum ini.

“Sudah pasti kelonggaran sebahagian SOP itu adalah berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Sabah yang berbeza dengan beberapa negeri di Semenanjung,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mengikut rekod, sehingga semalam kes Covid19 di Sabah sudah menunjukkan penurunan kes meskipun belum sampai ke tahap hijau lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang mengatakan kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat SOP yang berbeza ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memerangi Covid-19.

Jafry menegaskan ia tidak adil untuk semua negeri mengikut SOP sama sedangkan hanya beberapa negeri menjadi menyumbang peningkatan kes.

“Mungkin ini masa yang tepat untuk kerajaan melihat semula SOP yang dibuat dan mula membenarkan aktiviti yang boleh dan sesuai mengikut keadaan semasa”.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Antara yang dibenarkan termasuk beberapa aktiviti sosial dan ekonomi antaranya makan di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya serta kedai gunting rambut.

Selain itu, Aktiviti pembuatan dan perkilangan juga turut dibenarkan beroperasi dan akan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, selain kilang berasaskan kayu dan perabot.

Justeru katanya, perkara yang perlu diambil perhatian pada masa ini adalah penguatkuasaan peraturan dan SOP yang telah ditetapkan agar seiring dengan  usaha kerajaan dalam memerangi COVID19.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular