HomePolitikPRU-15 : Abdul Rahman ulangi hasrat mahu beri perkhidmatan kepada rakyat di...

PRU-15 : Abdul Rahman ulangi hasrat mahu beri perkhidmatan kepada rakyat di Kota Belud

Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengulangi hasrat untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di Parlimen Kota Belud sekiranya diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, masih banyak perancangan yang perlu dilaksanakan di Kota Belud yang dilihat mempunyai potensi besar dari segi Pendidikan, minyak dan gas selain industri pertanian.

“Sebenarnya di Kota Belud ini saya tidak pernah meninggalkan Kota Belud, tapi pada tahun 2018 saya diarah untuk bertanding di Sepanggar.  Pada waktu itu saya lebih suka berada di Kota Belud.

“Oleh itu, saya suka untuk beri perkhidmatan  di Kota Belud, saya masih banyak lagi perancangan dan hastag saya #sambungyangtergendala. Kalau diberikan peluang oleh parti saya ingin kembali kepada Kota Belud untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ikrar Aku Janji sempena Minggu Suai Mesra (MSM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, beliau mahu membangunkan industri minyak dan gas di Kota Belud yang dilihat mempunyai potensi besar.

“Sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen di situ (Kota Belud), Politeknik sudah selesai tapi satu agenda besar yang mahu dibawa adalah industri minyak dan gas.  Kita ada Pelabuhan yang tidak digunakan sepenuhnya dan kurang dihargai iaitu Pelabuhan Usukan.

“Kita kena tengok di Sabah ini telaga minyak laut dalam yang baharu ditemui dan sedang beroperasi kebanyakkan di Pantai Barat Utara Sabah, Kota Belud adalah kawasan paling terdekat.

“Justeru, kita perlu ada strategi.  Jadi jawapan saya, saya lebih suka untuk beri perkhidmatan di Kota Belud sekiranya diberikan peluang oleh kepimpinan parti, saya ingin menawarkan diri tapi semua ini terpulang kepada kepimpinan parti,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada nama beliau dicalonkan untuk bertanding untuk kerusi Kota Belud, Abdul Rahman berkata, beliau bersama empat lagi pemimpin UMNO Bahagian telah dinamakan untuk dicalonkan bertanding kerusi berkenaan.

“Daripada cadangan (bahagian) Kota Belud, ada lima nama mereka calonkan.  Saya sebagai salah seorang daripada lima nama yang dicadangkan kepada kepimpinan UMNO.

“InsyaAllah jika kepimpinan parti memberikan saya peluang, saya akan galas dengan baik,” katanya.

Abdul Rahman sebelum ini pernah menyandang kerusi Parlimen Kota Belud selama dua penggal sejak 2008 namun tewas di kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14 ) di tangan calon Parti Warisan (WARISAN) Datuk Mohd Azis Jamman.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Kota Belud dimenangi penyandang pemimpin muda WARISAN Isnaraisah Munirah Majilis.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular