HomeIsu tempatan177 individu terima darjah kebesaran negeri

177 individu terima darjah kebesaran negeri

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Seramai 177 penerima dianugerahkan darjah, bintang dan pingat sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk kepada isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Antara lain yang turut menerima darjah kebesaran kedua tertinggi tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Ghani Pg. Amir; Komander Rejimen 507 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Siti Afsah Mohd Yati @Mohd Kudi.

Turut menerima pingat PGDK Naib Ketua UMNO Kinabatangan, Datuk Pg. Abdul Azis Pg. Damsah, Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan serta Mantan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Istiadat disusuli dengan pengurniaan watikah perlantikan ‘Jaksa Pendamai’ (JP) kepada tiga penerima iaitu Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan merangkap ADUN Tandek, Hendrus Anding, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yayaya serta Pengarah Sabah Softwood Berhad, Joshua Ho Yee En.

Istiadat yang diserikan dengan kehadiran Toh Puan Norlidah R.M Jasni itu turut menyaksikan 28 menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya ADUN Telupid, Jonnybone J Kurum, Pensyarah Kanan UMS, Datin Nik Zaitun Nik Mohamed, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga, Maswandie Maimoon.

Turut menerima ASDK adalah Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol Jabatan Ketua Menteri, Shafaruddin Halide, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Ernywati Dewi Abas serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Ramlee Kariah.

Turut menerima kurniaan daripada Tun Juhar ialah 42 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 37 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 28 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 15 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT). 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya