HomeUtamaATP bantu generasi muda pelajari teknologi dron

ATP bantu generasi muda pelajari teknologi dron

Read Time:52 Second

SANDAKAN: Program latihan penerbangan (ATP) yang dilaksanakan selama tiga bulan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (KSTI) Sabah, Sabah Skills & Technology Centre (SSTC) dan EM Drone Services Sdn. Bhd berupaya membantu generasi muda mempelajari teknologi dron.

EM Drone Services Sdn. Bhd dalam satu kenyataan berkata, para peserta yang menyertai program itu juga bakal menjadi pengendali dron komersial yang bertauliah.

“Dengan kadar pengangguran yang tinggi khususnya di kalangan generasi muda di Sabah, program ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan teknologi dron kepada generasi muda.

“Malah, kita (EM Drone Services) amat komited dan memberi komitmen yang sebaiknya untuk membantu para peserta yang mengikuti program tersebut,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, EM Drone Services turut memberi jaminan pekerjaan di dalam syarikat tersebut selepas selesai tempoh latihan dilaksanakan.

Terdahulu, EM Drone Services menerima kunjungan pegawai KSTI dan beberapa pegawai SSTC ke pusat latihan pengendali dron di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, rombongan KSTI dan SSTC berpeluang bertemu peserta ATP serta mengendalikan dron secara simulasi di dalam pusat latihan berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kilang klinker & simen Kg Kawayoi ditransformasi pusat tarikan pelancongan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular