HomeUtamaGRS tidak goyah ADUN Bandau keluar parti

GRS tidak goyah ADUN Bandau keluar parti

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak goyah berikutan tular di media sosial seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GRS semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau yakin GRS tidak tergugat dengan ADUN Bandau Datuk Wetrom Bahanda yang didakwa keluar dari Bersatu dan GRS, menyertai parti Warisan.

“GRS tidak goyah dengan tindakan ADUN Bandau itu, saya melihat GRS ini satu gabungan yang agak kuat dan diterima oleh rakyat, oleh itu saya yakin kekuatan itu masih utuh di Kota Marudu ini.

“Bagaimanapun, pihak kita belum lagi menerima perletakan beliau daripada Bersatu, saya sebagai ketua pimpinan Bersatu Negeri belum menerima sebarang surat lagi tetapi kita telah melihat daripada media sosial nampak macam begitu lah.

“Justeru, apa pun, saya yakin bahawa satu bahagian Kota Marudu ini akan tetap wujud dan tetap berjuang bersama-sama parti-parti komponen GRS di Kota Marudu ini. Seperti yang saya nyatakan bahawa penyokong ahli-ahli Bersatu di Kota Marudu ini akan tetap menyokong calon GRS yang akan diletakkan di sini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu di sini hari ini.

Terdahulu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Wetrom Bahanda tular di media sosial semalam dan dikhabarkan beliau keluar daripada Parti Bersatu dan GRS sekali gus menyertai Parti Warisan (Warisan).

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya