HomeSukanLebih 500 peserta sertai Larian Pantai Pimping, bakal dijadikan kejohanan peringkat Borneo

Lebih 500 peserta sertai Larian Pantai Pimping, bakal dijadikan kejohanan peringkat Borneo

Read Time:51 Second

MEMBAKUT : Lebih 500 peserta sekitar daerah ini dan pelbagai daerah lain di negeri ini menyertai Larian Pantai di sini baru-baru ini.

Larian yang diadakan di Pantai Pimping Membakut itu disempurnakan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Program larian sejauh lima kilometer itu dianjurkan bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut; Pejabat Daerah Membakut dan Radu Team.

Ia juga turut disertai pelari dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Limbang Sarawak.

Arifin berkata, larian itu merupakan takwin terakhir 2022 yang telah disusun Pejabat ADUN Membakut dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kimanis.

Katanya, sebelum ini beberapa program sukan lain turut dilaksanakan antaranya Hiking Bukit Tinubau, Larian Padi Membakut, Kejohanan Bola Sepak Tertutup Membakut dan Kejohanan Bola Tampar Wanita Jemputan Kimanis.

“Seperti larian padi, larian pantai juga akan dijadikan sebagai pertandingan tahunan dalam Takwim Membakut Cergas.

“Larian pantai juga akan kita diperluaskan penyertaannya ke peringkat Borneo,” katanya.

Beliau berharap larian itu akan dapat mempromosi Pantai Pimping sebagai salah satu destinasi pelancongan dan rekreasi.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC beraksi tanpa 6 pemain utama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular