HomePolitikSurat kepada pengarang -- PBRS Harus bermuhasabah sebelum bersuara mengenai kerjasama...

Surat kepada pengarang — PBRS Harus bermuhasabah sebelum bersuara mengenai kerjasama politik

Read Time:3 Minute, 23 Second

ARTIKEL PEMBACA

Tindakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS), Tan Sri Joseph Kurup  yang mahukan parti Barisan Nasional untuk bergerak secara solo di Sabah di dalam Pilihanraya Umum ke -15 dilihat hanyalah pandangan parti itu bersendirian.

Ketika pucuk pimpinan Barisan Nasional di Pusat mahupun di peringkat Sabah sudahpun menyatakan persetujuan untuk mengekalkan kerjasama melalui kerajaan GRS-BN yang kini semakin stabil di Sabah, mengapa pula Presiden PBRS seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Semalam, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata  kerjasama yang mahu diwujudkan di antara GRS dan BN Sabah yang dikatajan hanya menguntungkan Perikatan Nasional (PN) daripada barisan Nasional itu sendiri

PBRS percaya bahawa kerjasama yang bakal dijalin di antara BN dan GRS hanya memberi kelebihan kepada pihak PN,” katanya menambah pendirian itu juga mengambil kira maklum balas 99 peratus pemimpin bahagian dan penyokong akar umbi PBRS.

Malah pada awal bulan lalu juga, Ketua Pemuda PBRS juga dilihat tidak berpuashati dengan BN di Sabah apabila beliau mendakwa tidak dimaklumkan oleh badan perhubungan BN Sabah mengenai persetujuan yang telah diambil mengenai kerjasama GRS-BN itu.

Ketuanya, Profesor Dr Edwin Laimin meluahkan rasa kecewa Pemuda PBRS kerana sebarang mesyuarat BN bagi menentukan kerjasama itu tidak dimaklumkan oleh badan perhubungan BN Sabah.

“Mengikut Perlembagaan BN, Perkara 13, semua keputusan yang melibatkan kepentingan BN hendaklah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi BN dengan sebulat suara.

“Malangnya, isu kerjasama antara GRS dan BN dalam mendepani PRU15 tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat BN Sabah,” katanya dalam kenyataan pada 7 okt lalu.

MUNGKIN PBRS MAHU LEBIH KERUSI

Umum mengetahui bahawa, parti PBRS hanya diwakili satu kerusi di Peringkat Parlimen iaitu Parlimen Pensiangan oleh Timbalan Presidennya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Persekutuan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Untuk rekod Pada 12 Mei 2020, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas menilai semula kedudukan mereka dalam BN. Namun ianya dilihat sekadar pengumuman kerana dimaklumkan ibu pejabat Barisan Nasional tidak menerima sebarang surat rasmi daripada parti berkenaan untuk menarik diri daripada gabungan itu.

Dan pada Pilihanraya Kecil Kimanis, Arthur dan partinya itu dilihat muncul kembali dengan berkempen bagi pihak Barisan Nasional Ketika PRK berkenaan dan sekaligus menyaksikan parti itu kembali kepada pangkuan BN

Manakala di dalam pilihanraya negeri yang lalu, parti berkenaan telahpun mencalonkan 5 wakil mereka iaitu  Richard Kastum @ Mosinal (Matunggong), Yillson Yanggung (Tandek), Duanis Mogirong (Kadamaian), Matusin Bowie @ Matius (Tulid) dan Bonepes Been (Sook).

Namun keputusan tidak berpihak kepada  calon parti berkenaan apabila tidak ada seorangpun calon dari mereka berjaya memenangi kerusi yang ditandingi.

Justeru di dalam PRU kali ini, pastinya parti berkenaan mahu membuktikan mereka diterima oleh pengundi di Sabah.

Namun oleh kerana kepimpinan BN Sabah telahpun bersetuju untuk bekerjasama di dalam menghadapi PRU kali ini, pastinya peluang untuk parti berkenaan untuk menghantar lebih wakil mereka akan menjadi sukar.

Malah ada yang berpendapat PBRS seolah-olah hanya wujud di Pensiangan dan masih kurang berpengaruh di kawasan lain. Justeru mereka harus bersuara untuk menuntut lebih kerusi  kali ini bagi membolehkan wakil mereka berada di Parlimen.

PBRS TIDAK MELIHAT KESTABILAN POLITIK YANG BERJAYA DI SABAH KINI

PBRS harus melihat kestabilan politik yang dimiliki oleh Sabah selepas melakukan PRN tempoh hari.

Rakyat di Sabah telahpun membuat keputusan untuk memberikan peluang agar kerajaan GRS-BN di Sabah untuk menjadi pemimpin kerajaan.

Jadi wajarlah PBRS berunding dengan pengerusi BN Sabah agar parti mereka diberikah tambahan kerusi dan mengekalkan kerjasama politik yang sudahpun terbentuk selepas PRN tempoh hari.

Dan kemudiannya, berundinglah dengan Kerajaan Negeri agar ada wakil dari parti berkenaan yang diberikan tempat untuk sama-sama memajukan Sabah di bawah slogan Sabah Maju Jaya.

Biar Sabah mempunyai wakil di Parlimen yang bersuara senada dengan aspirasi kerajaan Negeri kerana hanya penyatuan dan keseragaman suara dari parti GRS-BN dapat memastikan hak-hak sabah terpelihara dan tuntutan yang harus diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri dapat ditunaikan.

Jangan dibawa sentimen politik di Semenanjung yang berpecah belah, dan lihatlah apa yang Sabah kini sudah ada dan wawasan Sabah Maju Jaya yang kini sudahpun berjalan cukup cemerlang.

Azmi Abdul Rashid

Kota Kinabalu

*Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Sabahmedia



RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular