HomeUtamaHampir 7000 ekar tanah NT diberikan di seluruh Sabah setakat ini

Hampir 7000 ekar tanah NT diberikan di seluruh Sabah setakat ini

Read Time:41 Second

MATUNGGONG: Kerajaan Negeri telah mengeluarkan 1,330 geran Hakmilik Anak Negeri (NT) melibatkan hampir 7,000 ekar tanah di seluruh Sabah sejak 12 Mei tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata hakmilik tanah itu diberikan kepada pemohon di Pitas (206), Telupid (181), Tongod (611), Bandau (51) dan 281 di sini hari ini.

Ketua Menteri menyampaikan hakmilik tanah seluas 1,546.68 ekar dalam satu majlis di Dewan Terbuka Matunggong.

“Lebih banyak permohonan akan diluluskan apabila pemprosesan selesai,” katanya.

Hajiji turut memberi jaminan bahawa permohonan oleh Adun Matunggong Datuk Julita Majungki antaranya untuk memartabatkan Matunggong menjadi daerah penuh, pembaikan jalan dan sebuah Dewan Masyarakat baharu sedang dipertimbangkan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruddy Awah dan Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur Wahab Kanak.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular