HomeIsu tempatanPIBG, pengurusan sekolah perlu sentiasa bekerjasama bangun kecemerlangan pelajar

PIBG, pengurusan sekolah perlu sentiasa bekerjasama bangun kecemerlangan pelajar

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diseru untuk terus bekerjasama dengan sekolah khususnya dalam membantu membangunkan kecemerlangan para pelajar.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok (SMKPT) Dr. Rutil Taising berkata, PIBG juga perlu sentiasa bersama dengan pimpinan sekolah agar prestasi pendidikan sekolah berada pada tahap yang baik.

Untuk tujuan itu satu majlis penghargaan diadakan untuk meraikan mantan Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan.

“Ini adalah pengiktirafan kepada anda semua diatas komitmen dan kerjasama baik sepanjang menjadi AJK PIBG.

“Saya juga mengalu-alukan AJK PIBG SMKTP yang baharu dilantik bagi sesi 2022/2023,” katanya ketika dalam majlis berkenaan di sini, baru-baru ini.

Beliau berharap usaha seumpamanya akan menjadi pendorong kepada AJK baharu untuk bersama-sama bersaing dengan sihat bagi meningkatkan prestasi dalam membantu pihak sekolah merancang seterusnya melaksanakan pelbagai aktiviti demi kecemerlangan pelajar SMKPT.

Rutil turut memuji atas keprihatinan dan kerjasama padu yang diberikan oleh PIBG selama ini yang mana kekuatan PIBG banyak membantu kejayaan kepada pihak sekolah.

Majlis penyerahan sijil penghargaan dan watikah pelantikan disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SMKTP Makmur Ibak dan Dr. Rutil.

Sebelum itu, Makmur dalam ucapannya menghargai kehadiran semua Mantan AJK PIBG serta AJK PIBG baharu ke dalam majlis berkenaan.

Beliau berharap barisan AJK PIBG yang baharu dapat memberikan kerjasama, malah lebih aktif dalam menyumbang idea-idea bernas.

“Bantulah pihak sekolah melaksanakan berbagai program yang memberi manfaat kepada semua warga SMKTP,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya