HomeUtamaPRU15: Pengundi muda perlu bijak pilih bakal pemimpin

PRU15: Pengundi muda perlu bijak pilih bakal pemimpin

Read Time:1 Minute, 31 Second

RANAU: Peranan generasi muda adalah amat penting bagi menentukan hala tuju kemajuan masa depan Negeri Sabah terutama kawasan luar bandar yang masih memerlukan pembelaan khususnya dari segi pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya yang sempurna, bekalan letrik, bekalan air bersih dan capaian internet yang baik.

Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga mantan  Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, golongan muda juga mempunyai tanggungjawab untuk menentukan kestabilan politik masa depan negara, negeri dan kawasan masing-masing dengan bertindak bijak memilih siapa sahaja bakal calon Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi untuk  memperjuangkan nasib rakyat di kawasan mereka.

“Dengan sebab itu peranan anda semua terutama para pengundi muda harus bertindak bijak untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan kepada rakyat setempat,” kata Jonathan ketika melancarkan Jentera Pemuda  parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  Parlimen P.179 Ranau di Gelanggang Futsal Ekstrem Marakau di sini baru-baru ini.

Jonathan turut menekankan kerjasama dan perpaduan tanpa dibatasi kaum, agama, budaya dan ideologi politik juga perlu diamalkan sebagai landasan untuk menuju kejayaan.

Beliau turut mendedahkan, masih banyak keperluan infrastuktur yang amat diperlukan di kawasan luar bandar di negeri ini untuk membolehkan rakyat khususnya kawasan pedalaman hidup setanding dengan kemudahan yang dinikimati mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Inilah perjuangan kita bersama agar rakyat akar umbi khususnya di Ranau dapat hidup selesa dengan kemudahan infra yang baik,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Bersatu Bahagian  P.179 Ranau, Jahidin Lumat, Yubidi Gompoyo (Setiausaha Politik Datuk Seri Dr.Joachim Gunsalam),  Ketua Wiramuda Star DUN Paginatan, Kong Soon Choi, Ketua Armada Ranau, Rosdi Abd.Ghani,  Ketua Pemuda PBS Karanaan, Lugerry  Jain dan Ketua Pemuda PBS Paginatan,  Sutiman Saimin.

Sementara itu turut diadakan sempena program itu ialah Perlawanan Futsal Persahabatan melibatkan 12 pasukan  Pemuda GRS Parlimen Ranau.

RELATED ARTICLES
Utama

Bapa cabul anak tiri berusia 6 tahun, dihukum penjara 10 tahun,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular