HomeUtamaPICK : Sabah Terima 628,390 Dos Vaksin Jenis Pfizer, Sinovac Dan AstraZeneca

PICK : Sabah Terima 628,390 Dos Vaksin Jenis Pfizer, Sinovac Dan AstraZeneca

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Sabah telah menerima sejumlah 628,390 dos vaksin atau 254,565 vial bagi vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca untuk kegunaan vaksinasi rakyat di Sabah yang direkodkan sehingga Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi berkata, dalam tempoh itu sebanyak 555,761 dos telah digunakan untuk dos pertama dan kedua bagi tiga jenis vaksin berkenaan.

“Jumlah baki vaksin yang berbaki kini adalah sebanyak 72,598 dos.  Selain itu,sebanyak 152 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka di Sabah bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“PPV yang dibuka membabitkan fasiliti kesihatan selain hospital dan klinik swasta serta dewan dan premis swasta yang dijadikan PPV sebagai projek CSR (tanggungjawab sosial korporat),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang hadir sempena Majlis Penyerahan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Christina berkata, sebanyak 16 daerah terbabit dalam Program Jangkauan Luar (Outreach) membabitkan 20 pasukan klinik bergerak serta 195 lokaliti.

“Sebanyak 19,310 dos vaksin (dos 1) telah diberikan membabitkan jenis Pfizer dan Sinovac,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, pihaknya gembira kerana PICK di Sabah termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman berjalan dengan lancar.

“Berdasarkan taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Datuk Dr Christina Rundi), saya melihat PICK berjalan lancar, termasuk program bergerak kerajaan (mobile outreach) yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF).

“Saya berharap proses vaksinasi di Sabah akan berjalan dengan lebih lancar lagi termasuk di kawasan pedalaman,” katanya.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri melakukan flag-off atau pelepasan kenderaan pacuan empat roda – Mobile Covid Vaccination ke Nabawan, yang membawa vaksin untuk dos kedua ke daerah berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Restoran dan penginapan pekerja pusat peranginan di Semporna musnah terbakar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya