HomeIsu tempatanSPRM digesa siasat dakwaan kerugian syarikat minyak BESS

SPRM digesa siasat dakwaan kerugian syarikat minyak BESS

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan kerugian yang dialami syarikat Benta Edible Oil Sdn Bhd berjumlah RM6.738,461 juta.

Menurut laporan yang dibuat Pengerusi G57, pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Zulkarnain Mahdar, anak syarikat kerajaan negeri berkenaan didakwa mengalami kerugian mencecah RM6.73 juta sejak dilancarkan Februari 2020.

Katanya, kejayaan menghasilkan minyak masak jenama tempatan ini sepatutnya membanggakan setiap rakyat di negeri ini.

“Bagaimanapun kerugian yang dialami anak syarikat kerajaan itu amat memeranjatkan dan ia perlu disiasat oleh pihak sepatutnya seperti SPRM,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan pejabat SPRM Sabah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah, di sini, hari ini.

Zulkarnain berkata, mengikut laporan yang dikeluarkan Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM), anak syarikat Benta Wawasan mengalami kerugian mencecah RM3 juta pada tahun pertama.

“Kemudiannya pada tahun kedua pula, syarikat ini sekali lagi mencatatkan kerugian sehingga menjadi jumlah kerugian terkumpul mencecah RM6.738,461 juta.

“Setiap rakyat Sabah layak untuk mengetahui keadaan sebenar dan bagaimana kerugian ini boleh berlaku.

“Oleh itu pihak SPRM adalah agensi penguatkuasa yang paling sesuai untuk menyiasat secara telus berhubung kerugian yang dialami syarikat milik kerajaan ini,” tegasnya.

Beliau berharap pihak berwajib dapat menjalankan siasatan lanjut dan seterusnya membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya