HomePolitikPRU15 : PBS mahu semua bahagian teliti daftar pemilih secara menyeluruh

PRU15 : PBS mahu semua bahagian teliti daftar pemilih secara menyeluruh

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu semua bahagian parti itu mengambil inisiatif bagi meneliti daftar pemilih secara menyeluruh bagi memastikan identiti pengundi baharu.

Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata, ia berikutan terdapat kemungkinan pengundi yang tidak sah didaftarkan menerusi Pendaftaran Pemilih Automatik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Semua bahagian parti perlu meneliti daftar pemilih secara proaktif bagi meneliti nama-nama yang mungkin asing bagi mereka.

“Kumpul dan segera laporkan kepada ibu pejabat parti agar kita mempunyai asas untuk meneruskan tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Statistik data yang dikeluarkan SPR mendedahkan terdapat peningkatan yang ketara iaitu 574,120 pengundi baharu di Sabah berbanding pilihan raya pada empat tahun yang lalu, apabila hanya 1,064,686 orang layak.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa kenaikan itu bukan disebabkan Undi18 tetapi berlaku pada 2018 dan 2020.

Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berkata, peningkatan mengejutkan lebih daripada setengah juta pengundi baharu sejak pilihan raya negeri lalu memerlukan semakan menyeluruh terhadap daftar pemilih.

Katanya, PBS akan meneliti lebih lanjut berhubung jumlah pengundi berdaftar dan data berkaitan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sebelum ini, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, meskipun parti itu menyokong pendaftaran automatik bagi mereka berumur 18 tahun namun ia tidak sepatutnya dilanjutkan ke Sabah sehingga senarai pemilih sedia ada disemak dan disahkan secara menyeluruh.

Ini kerana katanya, terdapat laporan dan aduan pengundi yang mencurigakan dalam pilihan raya sebelum ini.

Tambahnya, PBS juga telah berulang kali membuat permohonan pelantikan dengan SPR bagi mendapatkan jaminan bahawa rekod pilihan raya Sabah adalah bersih dan tidak mempunyai pengundi yang boleh dipersoalkan jika pendaftaran automatik bagi usia 18 tahun diteruskan.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dilayan sehingga hari ini.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya