HomeIsu tempatanKomuniti Kiulu rancang laksana sistem tagal di hutan

Komuniti Kiulu rancang laksana sistem tagal di hutan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KIULU: Tagal hutan dicadang untuk dilaksanakan di daerah ini sebagai salah satu usaha komunal bagi memelihara hutan dan habitat haiwan yang ada dipersekitaran.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, ia selepas kejayaan pelaksanaan Tagal Sungai yang merupakan inisiatif bagi mengawal tangkapan ikan yang turut menjadi tarikan pelancong.

Katanya, penggunaan konsep Tagal oleh masyarakat di hutan adalah cara terbaik menunjukkan dedikasi berterusan penduduk terhadap pemeliharaan alam sekitar, termasuk haiwan liar yang tinggal di kawasan sekitar.

“Tumbuhan dan haiwan yang masih ada di Kiulu ini telah menjadikannya destinasi popular untuk pelancong eko.

“Walaupun kami meminta agar penduduk tempatan menjadikan kampung mereka sebagai kawasan tumpuan pelancongan tetapo kamu juga mahu mereka menghargai persekitaran semula jadi yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Taklimat dan Pameran, Rizab Biosfrera kepada persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) di sini baru-baru ini.

Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berkata, penduduk sekitar juga difahamkan turut memburu haiwan sejak sekian lama.

Beliau percaya penduduk akan dapat mengawal selia pemburuan spesies liar tertentu seperti rusa yang mungkin menjadi tarikan.

Tambahnya, persekitaran semula jadi Kiulu mempunyai nilai yang luar biasa kerana ia terletak dalam zon peralihan Rizab Biosfera Banjaran Crocker, dan ia telah menjadi tarikan bagi pengembara yang menghargai menerokai hutan tropika.

Program yang dianjurkan oleh Taman-Taman Sabah itu adalah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar secara berterusan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan.

Program kali ini disasarkan kepada pemain industri pelancongan Kiulu sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk menjelaskan peranan program Rizab Biosfera Banjaran Crocker dalam konteks ekopelancongan komuniti.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular