HomeUtamaRELA diseru amalkan disiplin tinggi, jadi contoh masyarakat - Jonathan

RELA diseru amalkan disiplin tinggi, jadi contoh masyarakat – Jonathan

Read Time:1 Minute, 32 Second

RANAU: Anggota Jabatan  Sukarelawan Malaysia (RELA), diseru supaya mengamalkan disiplin diri yang tinggi, berintegriti dan bersopan semasa bertugas memandangkan mereka menjadi idola dan  tumpuan mata masyarakat.

Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, para anggota Rela menjadi tumpuan mata dan pemerhatian masyarakat termasuk perilaku individu Rela boleh dijadikan contoh ikutan atau sebaliknya.

“Dengan sebab itu seorang anggota Rela, harus menjaga dan mengamalkan disiplin diri yang terbaik dan perbuatan mereka yang boleh dicontohi  setiap masa terutama ketika menjalankan tugasan yang diamanahkan”, kata Jonathan ketika berucap merasmikan  majlis Penyampaian Watikah  kepada 3 orang Ketua Platun Rela Kawasan (K PRK) dan 5 orang lagi Ketua Platun Rela (KPR) daerah Ranau di Dewan Mini Kg Sinarut Baru di sini pada Ahad.

Jonathan yang juga mantan Ahli Parlimen P.179 Ranau menegaskan, para anggota Rela juga hendaklah sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing  terutama membantu menyelamat harta benda awam malah nyawa ketika menghadapi bencana seperti musim banjir, kebakaran dan musibah lain.

Menurutnya lagi, Pilihan Raya Umum kali ke-15(PRU15) tidak lama lagi, maka sudah tentu  perkhidmatan tenaga daripada anggota Rela amat diperlukan untuk bertugas di lokasi-lokasi tertentu seiringan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menentukan perjalanan pengundian akan berjalan dengan lancar serta teratur.

“Hari ini tugas para anggota Rela semakin mencabar sudah jauh berbeza dengan tugasan tahun 1980-an yang hanya tertumpu pada majlis kenduri kahwin sahaja, tetapi sekarang semakin mencabar sehingga ke barisan hadapan bersama anggota PDRM menjaga keselamatan awam malah keamanan  negara sentiasa terjamin”, ujarnya..

Beliau juga turut mengajak masyarakat setempat supaya sentiasa menghormati dan menghargai peranan anggota Rela dalam menjaga keselamatan awam.

“Tanpa mereka siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi kita menghormati peranan mereka,” katanya.

Hadir sama Ketua Pengarah Rela Malaysia, Datuk Yahya Sulaiman dan Timbalan Ketua Pemuda GRS Sabah, Kong Soon Choi.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Electricity hargai peranan media salur maklumat berkaitan bekalan elektrik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular