HomeUtamaPRU15: Kerjasama GRS-BN beri kekuatan Kerajaan Negeri - Hajiji

PRU15: Kerjasama GRS-BN beri kekuatan Kerajaan Negeri – Hajiji

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kerjasama Barisan Nasional (BN) bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini di Sabah.

Hajiji berkata, kerjasama GRS dan BN akan menjadi sesuatu kekuatan kepada Kerajaan Negeri.

“Kerjasama Barisan Nasional dan GRS dalam Pilihanraya Umum yang akan datang ini, kita akan pastikan kerjasama ini menjadi sesuatu kekuatan kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri adalah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dan juga Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Hari Deepavali 2022, Anjuran Kerajaan Negeri Sabah Dan Dewan Perniagaan India Sabah di Magellan Sutera Resort, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perjumpaan beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub di kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, semalam, Hajiji berkata, semuanya baik-baik saja, baik di antara kerjasama Barisan Nasional dan GRS dalam Pilihanraya Umum yang akan datang ini.

Bagi pembahagian kerusi untuk calon yang bakal bertanding dalam PRU15 ini, Hajiji berkata, pembahagian kerusi akan diumumkan dalam masa terdekat ini beberapa hari sebelum penamaan calon.

Terdahulu, Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Zahid Hamidi ada mencadangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak sekiranya kemenangan dominan Barisan Nasional dalam PRU15 ini.

Zahid berkata demikian semasa melancarkan Program Gelombang Biru Barisan Nasional Zon 3 di Kimanis, Papar pada Ahad.

Hajiji turut menyokong cadangan Zahid itu.

“Mengenai cadangan TPM dari Sabah, kita akan cari yang betul-betul boleh tahanlah, kita sokong, itu yang bagusnya supaya kita ada satu wakil sebagai Timbalan Perdana Menteri dari Sabah,” kata Hajiji.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya