HomeUtamaPRU15: Siapapun calon daripada GRS kita sokong - Hajiji

PRU15: Siapapun calon daripada GRS kita sokong – Hajiji

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN / Video YUSOF MOHAMAD

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada seluruh masyarakat di daerah ini supaya mengundi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihraya Umum Ke-15 yang akan berlangsung pada 19 November depan.

https://youtu.be/wf6nOoJOohA

“Siapapun calon GRS di Tuaran ini kita kena sokong, ini adalah untuk memastikan kemenangan calon GRS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 di Negeri Sabah kerana musuh politik kita adalah parti Warisan, PKR, UPKO, DAP dan parti lain.

“Saya mahu rakyat bijak berfikir dalam menentukan kestabilan politik di Sabah ini,” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan-Peralatan Nelayan Daerah Tuaran Dewan Terbuka Masjid Haji Noor Kampung Serusup di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan hanya kestabilan politik sahaja dapat memberi kemajuan kepada Negeri Sabah.

“Kalau kita mahu satu kestabilan politik, kemajuan seperti yang saya rancangkan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya kita kena bersatu, maka dalam pilihan raya ini perpaduan dan sokongan adalah penting untuk menentukan kemenangan kepada calon GRS-BN yang kita pilih seterusnya dapat meneruskan pembangunan yang dirancang untuk rakyat Sabah,” katanya.

Hajiji juga turut memaklumkan senarai calon bagi GRS akan diumumkan beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya