HomeUtamaKetua Menteri serah bantuan peralatan nelayan di DUN Sulaman

Ketua Menteri serah bantuan peralatan nelayan di DUN Sulaman

Read Time:1 Minute, 7 Second

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan bantuan peralatan nelayan kepada 28 nelayan dari golongan sasar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Terbuka Masjid Haji Noor Kampung Serusup di sini, hari ini. (29 Okt)

Daripada 28 penerima tersebut, 15 daripada mereka menerima bantuan peralatan nelayan dibawah Peruntukan Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Sulaman. Manakala 13 lagi menerima bantuan dibawah Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Fasa 1, tahun 2022.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri berusaha mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini dengan memberikan pelbagai bantuan kepada golongan sasar.

Katanya, Kerajaan menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) merancang pelbagai program bantuan khusus untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Inilah perjuangan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) yang fokus membangun negeri ini dan juga kesejahteraan rakyat”, tegasnya.

Beliau juga mengingatkan para penerima bantuan agar menggunakan bantuan peralatan nelayan itu sebaik mungkin bagi meningkatkan sosio ekonomi dan pendapatan keluarga.

“Dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan, rakyat sendiri juga perlu berusaha membantu keluarga mereka agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan”, tegasnya.

Hadir sama dalam majlis itu Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abd Kassim Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman dan Pegawai Daerah Tuaran, Syhrin Samsir.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya