PM ucap tahniah Ketua Eksekutif Perkeso dipilih sebagai Presiden ISSA

Read Time:56 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed atas pemilihan sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) bagi tempoh tiga tahun bermula 2023 hingga 2025.

Beliau berkata pemilihan itu amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepimpinan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Malaysia di pentas dunia!…Syabas dan selamat bertugas!,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan Malaysia menerima pengiktirafan antarabangsa dalam aspek perlindungan keselamatan sosial pada Persidangan Agung ISSA semasa Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2022 di Maghribi, baru-baru ini.

Selain itu, Malaysia juga mendapat pengiktirafan di persidangan itu apabila Kuala Lumpur diterima sebagai tuan rumah bagi Persidangan Agung ISSA serta WSSF ketujuh yang bakal diadakan pada 2025.

Penganjuran persidangan kemuncak WSSF diadakan setiap tiga tahun mengumpulkan menteri, pegawai kanan, pengamal dan pakar dalam bidang keselamatan sosial dari negara-negara ahli bagi membahaskan isu semasa serta berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.