HomeIsu tempatanGolf amal berjaya sumbang dana kepada YNJ

Golf amal berjaya sumbang dana kepada YNJ

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Kejohanan Golf Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM30,000 kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Penyampaian sumbangan disempurnakan Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dr. Muharrir Kamarudin merangkap Timbalan Pengerusi Penganjur kepada Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Abinan Asli di sini, semalam.

Sumbangan berkenaan merupakan dana terkumpul daripada beberapa penaja antaranya Suria Capital Holding Berhad, Spanco, MASWings Sdn. Bhd., Beras Corporation, Shangri-la Hotel Tanjung ARu Resort, 7Star Superstore dan Kombinasi Saudagar.

Kejohanan yang diadakan sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri itu melibatkan seramai 94 peserta dalam 24 flight daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta swasta.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Thomas Logijin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya