HomeUtamaHajiji terima kunjungan hormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei

Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Awang Nazmi Mohamad sempena lawatannya ke Sabah, di kediamannya rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, baru-baru ini.

Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri berharap ia akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negeri dan mahu lawatan seumpama itu akan berterusan pada masa-masa akan datang.

“Semoga dengan lawatan seperti ini, ia akan mengeratkan hubungan dua hala dan kekeluargaan antara Brunei dan Sabah yang telah wujud sejak berkurun lamanya,” katanya.

Hajiji turut berharap program bersama dalam aspek kebudayaan, sukan dan aktiviti belia dapat diadakan antara Sabah dengan Brunei pada masa akan datang.

Hasrat Ketua Menteri itu turut dipersetujui oleh Awang Nazmi yang turut memaklumkan bahawa kedatangannya ke Sabah khususnya Kota Kinabalu adalah atas jemputan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, Datuk Mohd Arifin Arif.

RELATED ARTICLES
Utama

Bapa cabul anak tiri berusia 6 tahun, dihukum penjara 10 tahun,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular