HomeUtamaPasar Nelayan Paitan dibina bantu nelayan jual hasil tangkapan secara terus

Pasar Nelayan Paitan dibina bantu nelayan jual hasil tangkapan secara terus

Read Time:2 Minute, 4 Second

PAITAN : Sebuah Pasar Nelayan Paitan akan dibina bagi meningkatkan pendapatan keluarga nelayan sekali gus memberi peluang kepada nelayan untuk memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pengguna.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, langkah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mewujudkan Pasar Nelayan akan meningkatkan taraf hidup golongan nelayan.

“Ini merupakan usaha yang dilaksanakan oleh MAFI melalui LKIM untuk terus menyantuni masyarakat luar bandar di Parlimen Beluran bagi mendirikan sebuah Pasar nelayan menjual hasil tangkapan mereka di daerah kecil Paitan ini.

“Kemudahan ini akan terus diberikan oleh LKIM malah telah banyak program termasuk baik pulih rumah nelayan, kemudahan asas nelayan, kemudahan infrastruktur termasuk pembelian sebuah pejabat bagi persatuan nelayan kawasan Beluran.

“Kita berharap program terus berjalan walaupun sewaktu Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) bagi membantu masyarakat nelayan di seluruh negara,” katanya demikian kepada pemberita sempena Majlis Pecah Tanah Pasar Nelayan PNK Paitan dan Sembang Santai Nelayan Paitan hari ini.

Pembinaan Pasar Nelayan Paitan yang merupakan Pasar Nelayan ke-12 diwujudkan di Negeri Sabah dan merupakan Pasar Nelayan ke-136 bagi seluruh Malaysia.

Menurut Ronald, Pasar nelayan ini antara kemudahan kepada golongan nelayan yang terangkum di dalam Program Pasar Nelayan iaitu salah satu inisiatif MAFI melalui LKIM.

“Melalui pembinaan Pasar nelayan ini kelak, ia dapat memendekkan rantaian pemasaran dan melepaskan nelayan dari cengkaman orang tengah sekali gus memperolehi pulangan harga yang lebih baik manakala pengguna setempat mendapat bekalan ikan segar pada harga yang lebih berpatutan.

“Selain itu, penglibatan nelayan sebagai peserta di Pasar Nelayan ini dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan kepada melebihi RM2,000 sebulan. Fasiliti Pasar Nelayan juga akan lebih teratur dan berpusat di bawah satu bumbung dengan kemudahan infrastruktur, peralatan yang lebih baik serta selesa yang disediakan oleh LKIM,” katanya.

Sehingga September 2022, sebanyak 135 Pasar Nelayan telah dibina dengan penglibatan seramai 640 orang peserta dan sejak Januari hingga September, nilai urusniaga Pasar Nelayan ini telah mencecah RM44.1 juta ringgit dengan jualan melebihi 3 ribu tan metrik.

Dalam pada itu, Ronald menjelaskan pihaknya sedar akan peranan penting yang dimainkan oleh nelayan dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran rantaian bekalan makanan negara.

“Oleh yang demikian, sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan dengan peruntukan RM10,000 setiap penerima bagi Bantuan Touch Point Enjin Sangkut untuk manfaat para nelayan Paitan yang akan disampaikan kepada 20 orang penerima pada hari ini.

“Saya berharap dengan bantuan enjin sangkut ini, para nelayan akan terus memberikan sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya dalam mengukuhkan sekuriti makanan negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya